MA'ALIM FI-TTARIQ

>> PETUNJUK SEPANJANG JALAN <<
Jika engkau tewas di medan JIHAD, Gelaran SYUHADA Allah berikan,
Arwah-arwah pahlawan seyum melihat, MUJAHID bangga melepasi pergi.
Assalamualaikum..... Selamat Datang.....Anda Sekarang Berada Di Blog YoYaMaaLim....... JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM....DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.......

Thursday, March 26, 2009

Blog Tuan Guru Dato Haji Nik Aziz Nik Mat

UCAPAN YAB TUAN GURU DATO’ MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU PADA 29 RABIUL AWAL 1430/26 MAC 2009 BERMULA JAM 3.00 PETANG BERTEMPAT DI KB MALL, KOTA BHARU, KELANTAN.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)

lebih terperinci sila ke : http://www.blogtokguru.com


Sunday, March 15, 2009

KEMUNCAK HASRAT RAKYAT TERHADAP PPSMI

Minggu lepas, satu desakan pemansuhan Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggerisv(PPSMI) dilakukan oleh rakyat Malaysia di ibu kota yang di hadiri puluhan ribu rakyat dari pelbagai lapisan, tua muda, kecil besar, lelaki perempuan, melayu cina dan India berhimpun dan berarak sepanjang jalan mengiringi pimpinan pemansuhan PPSMI bagi menyerahkan memorandum pembatalan PPSMI kepada Yang Di Petuan Agong di Istana Negara.

Setelah selesai solat zohor di Masjid Negara, para pencinta bahasa ibunda bertolak menuju ke Istana Negara. dengan memakai baju “Mansuhkan PPSMI” dan sepanduk. Tiga kumpulan (Sogo, Centra Marker dan Masjid Negara) bertemu di masjid Negara dan berjalan sambil melaungkan :

“hidup2.....hudup BM”

“turun2....turun BN”

“Hidup2…hidup rakyat”

“ Jatuh2…kezaliman”

“ Jalan2…jumpa raja”

“Jangan takut”

“Raja Baik….Rakyat Baik”

“Raja Daulat….Negara daulat”

“Hidup2….hidup rakyat”

Sampai berhampiran Jalan Atap pihak FRU telah membuat benteng menghalang menghalang kumpulan pencinta bahasa dari mara ke Istana Negara. Bukan setakat benteng, gas pemedih mata di tembak kearah rakyat yang mahukan bahasa Ibunda di martabatkan. Entah berapa das dilepaskan, menyebabkan rakyat bertempiaran lari. Sungguh zalim polis2 FRU di Malaysia, lebih zalim dari zionis yahudi. Kumpulan pencinta bahasa di kepung 3 penjuru oleh FRU dan melepaskan gas pemedih mata serta menyembur water canon. Helikopter mengelilingi perhimpunan dan melepaskan gas pemedih mata dari atas. Sunggih zalim. Begitulah tindakan polis untuk menyuraikan perarakan tersebut.

Ada di antara yang berarak tersebut adalah kanak-kanak yang menangis terkena gas pemedih mata. Ada diantaranya adalah orang yang lanjut usianya yang muntah dan pengsang. Ada diantaranya perempuan yang lemah sifatnya. Semuanya mengorbankan badan untuk berjuang memperjuangkan bahasa ibunda dan mahu PPSMI di hapuskan.

Sunday, February 22, 2009

Kisah Benar Nizar dan Paduka Seri Sultan Perak


Allahuakbar, Ya Allah......Selamatkan negeri Perak, Hancuukan mereka yang berlaku zalim terhadap hambamu. Itulah ungkapan aku setalah membaca karangan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin. Aku sertakan luahan hati beliau.....

KISAH BENAR NIZAR DAN PADUKA SERI SULTAN PERAK


(ini adalah catatan peribadi dato seri ir haji mohamad nizar jamaludin sendiri)

Oleh: Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d”etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato’ Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato’ Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato’ Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, “Insya Allah, tidak”.

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, “Innallaha maa Sobirin” (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan………..

NIZAR

27 Safar 1430H/23 Febuari 2009

Tuesday, February 17, 2009

Sah SPR memihak kepada BN

Setelah mendengar pengumuman daripada SPR berkenaan Pilihanraya Kecil di Bkt Gantang dan Bkt Selambau pada 7 April dan penamaan calonnya pada 29 Mac,ini telah terbukti dan menambahkan lagi bukti SPR adalah agen BN.

Apa tidaknya tempoh yang begitu lama selama 50 hari diambil untuk mengadakan PRK dikedua-dua kawasan tersebut. Masa selama itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh media2 pro BN untuk memainkan isu dan memutarbelitkan setiap hujah Pakatan Rakyat. Wahai SPR, kamu di sebut Suruhanjaya yang bertangungjawab memberi keadilan dan tidak berpihak kepada mana2 kepentingan kepartian. Jelas pengumuman tarikh tersebut telah di bayangi oleh puak2 BN.

PRK itu juga di tetapkan setelah selesai perhimpunan agong UMNO, dimana perhimpunan agong tersebut bermula pada 24 hingga 28 Mac. Ini bermakna sela masa perhimpunan agong UMNO dengan Penamaan calon adalah selama 29 hari, cukup untuk media BN melobi rakyat. Tambahan pula pada perhimpunan Agong UMNO tersebut tercatat peristiwa pertukaran PM baru. Dengan peralihan kuasa PM tersebut diharap dan mengharapkan agar rakyat malaysia dapat menerima kembali dan yakin dengan UMNO. Sebenarnya UMNO silap, aku menjangkakan ianya lebih teruk dari itu. Sama-samalah kita lihat.

Rakyat Malaysia bukan lagi bodoh dan boleh di cucuk hidung seperti lembu bodoh, sekarang rakyat sudah membuka mata, mindanya terbuka luas, dapat memikir dan membuat pertimbangan setiap keputusan yang di buat oleh kerajaan.. Kuasa Rakyat Menentukan Segalanya (Makasakti).

17 Safar 1430H/13 Febuari 2009

Polis Kata Jangan !!! - TAPI DOUBLE STANDART

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di tendang dengan cara haram dengan segera Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengeluarkan arahan “Sebarang perhimpun diharamkan dan ceramah parti politik tidak diberi permit” di Perak…Polis Kata Jangan !!!

Satu siri ceramah dan perhimpunan Rakyat Perak di stadium Perak telah diatur oleh Pakatan Rakyat pada malam pembentukan kerjaaan Haram BN juga telah dibatalkan kerana pihak polis…Polis Kata Jangan !!!

Rakyat Perak Berhimpun di Masjid berhampiran Istana menbantah keputusan Sultan Perak juga di anggap haram oleh polis. Kita boleh lihat tindakan polis menangani perhimpunan tersebut dengan melepaskan gas pemedih mata…Polis kata Jangan !!!

Pada hari selasa 10hb. Feb., YB Nizar ke tempat kerja tetapi di halang oleh polis yang berkawal di muka pintu dengan berkata “Jangan masuk datuk, kami menjalankan arahan !, Datuk tidak dibenarkan masuk“…Polis kata Jangan !!!

Tapi !!! seminggu kita didedahkan oleh media perdana, Pemuda UMNO seluruh malaysia membantah Karpal Singh menyaman Sultan Perak. Tak sampai seminggu polis menerima 84 aduan berkenana Karpal Singh. Termasuk lah guna puak2 UMNO di perak berhimpun dan mebuat aduan polis di balai Polis Perak. Tak ada pulak gas pemedih mata, kereta water canon, mahupun FRU kat situ. Tak ada pulak polis mengeluarkan arahan supaya bersurai… Polis kata Jangan !!! tapi Double Standart.

Kata Ketua Polis Negara, PDRM nak membersihkan namanya dan megembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis. Kalau inilah yang diamalkan, rakyat semakin tak percaya dan bertambah-tambah bencikan Polis. Rakyat sudah mengcopkan polis sebagai “Anjin UMNO”.

16 Safar 1430H/12 Febuari 2009

Mengapa Rakyat Perak Berkumpul Di Depan Istana Perak ?

Anjing2 kerajaan Bijan

Sedih, marah dan bodoh, itulah persaan aku apabila membaca, melihat dan mendengar berita rakyat Negeri Perak berdemo di Masjid Ubudiah, berhampiran Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Tujuan hanya satu iaitu menuntuk agar Tuanku Raja Azlan berkenan membubarkan Dewan undangan Negeri Perak.

Perasaan sedih menyelubungi aku, melihat umat islam sebangsa dengan ku, bersemangat menegakkan yang benar menuntut satu keputusan yang adil dari sultan Perak. Sedih melihat umat islam sebangsa dengan ku di halang oleh skuad Polis FRU. Dah la di halang di tembak dengan pemedih mata. Entah berapa das di lepaskan kearah rakyat yang tak berdosa. Sedih melihat FRU mengejar rakyat ku di kawasan Masjid dan melepaskan gas pemedih mata ke sekitar kawasan masjid. Sedih aku melihat rakyatku di tangkap dan di belasah. Apakah salah rakyat Perak sampai di perlaku sedemikian rupa.

Aku juga marah kepada YB2 yang tidak bermoral. Sanggup mempergunakan jalan belakang untuk membantuk kuasa. Bagi golongan cendikiawan, mereka berpendapat tindakan serta cara sedemikian merupakan perbuatan tidak bermoral serta bersifat bacul. Aku marah pada moyet2 yang melompat. Lompatanya ada beberapa tujuan, antaranya mencari makan dan memansuhkan tuduhan najis (rasuah) keatas mereka. Tak ubah seperti moyet2 sebenar. Tidak menghairankan, Bijan sanggup menerima moyek2 hutan ini untuk menjadi sahabat dalam perjuagan mereka. Memang sah, formula :

Premis 1: RASUAH = TAHI

Premis 2: TAHI banyak dalam JAMBAN

Premis 3: RASUAH banyak dalam UMNO

Tesis : UMNO = JAMBA

Bodoh!, itulah perkataan yang keluar dari mulut aku tak kala aku selesai menunaikan solat hajat memohon suasana di perak kembali kepada keamanan. Maka terfikir di fikiranku, kena Raja Perak membuat keputusan yang bodoh dan merugikan. Tak berhikmahnya Baginda dalam membuat keputusan. Keputusanya hanya bersifat sementara dengan tidak melihat kesan jangkan panjang. Sekarang apa telah terjadi, rakyat Perak keluar membantah keputusan tersebut. Jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga. Keputusan tersebut di ibaratkan sebagai menarik rambut dalam tepung. Dah la sambutan Jubli Perak terpaksa di tangguh atas sebab2 keselamatan. Baginda sendiri juga gusar untuk keluar dari istana. Begitulah apabila pemimpin tak berhikmah membuat keputusan.

Ampun Tuanku, kemurkaan patik mohon keampunan, asalkan hamba tidak derhaka kepada Maha Pencipta.

Raja Adil, Raja Di Taat…. Raja Zalim Raja di Pijak…….

14 Safar 1430H/10 Febuari 2009

Surat Wasiat Untuk Bijan

Dua ekor beruk dengan Boss tahiBijan,

Ya berseronoklah anda pada hari ini. Hari ini anda boleh tersenyum lebar dengan kejayaan anda untuk merampas Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat dengan cara Zionis. Anda berseronok kerana anda berjaya mengambil dua orang wakil rakyat yang bermasalah dan seorang timbalan speaker yang kecewa kerana tidak mendapat portfolio yang lebih besar dari jawatannya itu. Anda boleh mengangkat kepala kembali setelah menghadapi dua kegagalan di dalam pilihanraya kecil baru - baru ini dan anda boleh senyum kerana hilang dua kerusi dapat pula satu kerusi dengan melalui pintu belakang.

Tapi Bijan anda harus ingat. Semua orang mengetahui anda telah menculik dua bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat dan membawa mereka ke Pekan dengan kawalan rapi military, polis dan SPRM. Semua orang tahu.

Bijan,
Semua orang tahu, bagaimana anda benar - benar mahu membasuh kembali muka anda yang terpalit penuh dengan tahi akibat kekalahan besar di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Semua orang tahu, BN sudah tidak mampu lagi menghadapi mana - mana pilihanraya dan untuk merampas kembali kekuasaan BN maka cara kasar anda gunakan malah sanggup ambil orang yang bermasalah. Semua orang tahu anda akan berjaya mengambil kerajaan rakyat di Perak ini apabila anda mengarahkan agar SPR tidak membuat pilihanraya kecil di kedua - dua kawasan tersebut. Semua orang tahu wahai Bijan.

Bijan,
Anda puas? Anda senang hati? Senyumlah sepuas - puasnya. Ketawalah sepuas - puasnya. Bergembiralah dengan kejayaan busuk dan palsu anda. Mentor anda pun membantah dengan kegiatan merampas kekuasaan sebegini yang ala - ala Zionis.

Bijan,
Kami rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran akan mengingati setiap tindakan dan perbuatan anda yang busuk, jahat dan keji itu. Sekali anda fikir kami tumbang, seribu kali kami akan bangkit. Satu negeri hilang, satu negara akan kami tawan. Sekali maruah kami hilang, beribu kali maruah anda akan kami malu dan hilangkan.

Ingatlah Bijan, Ingatlah tarikh ini 5/2/2009. Mulai saat ini, bermulalah serangan dari setiap penjuru yang kami akan lancarkan keatas kamu. Mulai saat ini, kami akan memastikan anda tidak mampu tidur dengan lena.

Ini Sumpah Kami…Bijan anda mulakan..kami akan selesaikan!!!!

di edit dari Petikan : Skuad Dun Batu Caves

http://skuaddunbatucaves.blogspot.com

10 Safar 1430H/6Febuari 2009



Kemelut Politik Perak - PUAK2 TAHI

Assalamualaikum.

Allahuakbar…. Allahuakbar…. Allahuakbar

Tahi2 Syaitan di Malaysia

Kita dikejutkan dengan kemelut politik Perak di bawah kepimpinan PAS, YB Ir Nizar. Sedih, dukacita dan bercampur marah mendengar berita 3 YB (Mohd Radzi dan Mohd Osman dan YB DAP) meningalkan Pakatan Rakyat di perak. Kemudian sorang lagi YB (Nasaruddin Hashim) yang tak tahu malu mengumumkan masuk semula ke BN.

Sudah tidak ada lagi nilai harga diri mereka ini. Saya bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz agar mereka berempat ini di lemparkan kasut, sebagai tanda diri mereka di hina, di jijak olah masyarakat. Masyarakat memilih beliau kerana beliau berada dalam Pakatan Rakyat. Sekarag mereka telah keluar dari pakatan rakyat, sepatutnya dengan sendiri pangkat YB yang ada pada mereka terbatal. Adalah wajar pilihan raya semula diadakan di dun2 berkenaan.

SPR sepatutnya terus menyiasat, mengapa perkara sedemikian terjadi. Adakah disogok dengan kebendaan atau wang. Mesti wujud tawar menawar dan rayuan dari pihak BN supaya berpaling tadah dari pakatan. Saya tidak hairan YB adun Bota melompat dari BN ke PKR kemudian dalam masa 11 hari menyumumkan masuk semula kepada BN. Apa jenis manusia seperti ini…??

Kepada Sultan Perak yang terkenal dengan prinsip keadilan dan memperjuangkan kedaulatan undang2 dan keadilan, hamba menyeru agar Tuanku membuat keputusan yang adil demi untuk rakyat Tuanku. Hamba tak nak negeri Perak di pimpin oleh pemimpin yang rasuah. Olek sekiranya rakyat perak yang membuat pilihan semula menentu siapa pimpinan mereka, dengan kata lain diadakan pilihanraya semula.

Kedua dua YB dari PKR yang berpaling tadah mengikuti BN. Komen saya adalah, BN sanggup mengambil siapa sahaja asalkan boleh menang. BN tidak rasa malu dan tidak rasa bersalah menerima dua adun yang terlibat dengan rasuah. Ini keran parti BN sendiri mengamalkan rasuah. Olok juga kalau kita merenung, apa guna Pakatan Rakyat duduk memelihara dua YB ini yang terlibat dengan rasuah. Inilah masanya Allah hendak membersihkan YB2 dari Pakatan Rakyat yang terlibat dari rasuah di tendang keluar. Ayuh, kalau ada lagi YB2 yang sedemikian…sila lah keluar….. kami tak nak manusia seperti ini.

Formula dibawah saya pinjam dari sahabat saya dalam forum Cari:

Premis 1: RASUAH = TAHI

Premis 2: TAHI banyak dalam JAMBAN

Premis 3: RASUAH banyak dalam UMNO

Tesis : UMNO = JAMBAN

Kepada pengunjung blog ni sila ke web dibawah untuk memberi sokongan agar Tuanku Perak memperkenan Dun Dibubarkan.

http://books.dreambook.com/duli/duli.html

9 Safar 1430H/5 Febuari 2009